PMX sempurnakan Sesi Libat Urus Belanjawan 2026

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
7 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan Sesi Libat Urus Belanjawan 2026, mukadimah penting kepada perjalanan negara menuju pembentangan Belanjawan MADANI Keempat Oktober nanti.

Jelas beliau, Belanjawan 2026 merupakan yang pertama di bawah pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Justeru, itu kata beliau Kerajaan MADANI mengambil pendekatan yang menyeluruh dan inklusif agar limpahan manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat khususnya golongan rentan dan yang memerlukan.

“Acap kali saya tegaskan, setinggi mana pun kita menggapai langit, ia tidak akan bermakna sekiranya kita tidak berpijak pada akar bumi dan mengutamakan maslahat rakyat terbanyak,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang hadir serta mengemukakan pandangan dan cadangan yang konstruktif demi memperkukuh asas ekonomi negara dan menjamin kesejahteraan rakyat.

“Insya-Allah, meskipun kedudukan kewangan negara masih dalam fasa pemulihan, Kerajaan MADANI akan terus meneliti setiap saranan yang dikemukakan dengan penuh tanggungjawab dan keprihatinan,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *