PMX terima kunjungan hormat Panglima Tentera Udara

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
7 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Sri Muhamad Norazlan Aris di Perdana Putra tengah hari tadi (6 OGOS).

Beliau berkata pertemuan ini memberi ruang untuk membincangkan tahap kesiapsiagaan pertahanan udara negara, termasuk agenda pemodenan aset strategik serta usaha memperkukuh keupayaan teknologi dalam sistem pertahanan negara yang semakin canggih.

“Saya turut titipkan pesan supaya TUDM kekal menjadi sebuah angkatan yang disegani di peringkat serantau sepanjang beliau memikul amanah untuk memimpin pasukan ini,” kata beliau.

Sehubungan itu kata beliau Kerajaan MADANI akan terus memberi perhatian dan sokongan terhadap usaha memperkukuh keselamatan serta mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *