PMX terima panggilan telefon dari Presiden Iran zahirkan penghargaan pendirian Malaysia terhadap Gaza

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
7 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, yang menzahirkan penghargaan terhadap pendirian tegas Malaysia dalam isu Gaza.

Jelas Anwar, Pezeshkian turut menggesa agar Malaysia terus mendepani usaha diplomatik dalam menentang kekejaman dan genosid yang masih berterusan di bumi Palestin.

“Saya tegaskan komitmen kita yang konsisten, bukan sahaja melalui kenyataan lantang di pentas antarabangsa, malah dengan menggembleng kerjasama pemimpin serantau dan global termasuk Presiden Indonesia, Turkiye, Brazil dan Afrika Selatan. Dunia tidak boleh terus berdiam diri tatkala kekejaman ini telah melampaui batas kemanusiaan,” kata beliau dalam hantaran di FB.

HUBUNGAN DUA HALA

Beliau menjelaskan kedua mereka turut berbicara mengenai hubungan dua hala Malaysia–Iran dan senada untuk terus memperkukuh persahabatan, khususnya dalam bidang yang memberi manfaat bersama kepada rakyat kedua-dua negara.

“Presiden Pezeshkian turut memanjangkan jemputan rasmi untuk saya mengadakan lawatan ke Tehran dalam masa terdekat, dan saya sampaikan penghargaan atas kesediaan beliau untuk terus mempererat hubungan antara kedua-dua negara,” tegas beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *