

Wartawan JM
8 OGOS 2025
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi keterangan sebagai saksi bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.
Kenyatan media Komunikasi Korporat MCMC memaklumkan hari ini (7 Ogos) bahawa siasatan tersebut melibatkan kandungan sebuah akaun TikTok yang mengaitkan beliau dengan satu dakwaan berhubung subsidi bersasar RON95.
Fokus siasatan adalah bagi mengesahkan konteks kandungan yang disiarkan, dan tidak melibatkan sebarang dakwaan atau pertuduhan terhadap beliau.
Bagi melengkapkan siasatan, MCMC akan memanggil mana-mana individu yang berkaitan sekiranya perlu.
MCMC menggesa semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi, serta memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang dijalankan secara bebas, berhemah dan profesional. – JM
