PDRM ambil kes kematian Zara Qairina untuk siasatan lanjut – AGC

Oleh: Wartawan JM
8 OGOS 2025

Jabatan Peguam Negara (AGC) berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk siasatan lanjut berhubung kes kematian Zara Qairina diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kenyataan media AGC memaklumkan hari ini (8 Ogos) ia setelah jabatan ini meneliti laporan penuh siasatan awal yang telah dikemukakan oleh PDRM berhubung kes ini.

Sehubungan itu, laporan penuh siasatan awal telah dikembalikan semula kepada PDRM bersama beberapa arahan, termasuk keperluan untuk menggali semula (exhume) mayat Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat (post-mortem) dijalankan ke atas jenazah.

Langkah ini bertujuan untuk memastikan PDRM memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes kematian Zara Qairina. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *