PMX terima kunjungan Pengerusi MUFG dan delegasi

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
8 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Kanetsugu Mike, Pengerusi Mitsubishi UFJ Financial Group (MUFG), bersama delegasi di Putrajaya hari ini (8 Ogos).

Beliau berkata MUFG adalah sebuah firma kewangan global terkemuka yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1957.

Jelas beliau MUFG memainkan peranan penting dalam menggalakkan kemasukan pelaburan syarikat Jepun, khususnya dalam sektor pembuatan dan perindustrian

MENGHARGAI KOMITMEN MUFG

“Saya menghargai komitmen MUFG yang baru-baru ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi mempercepat pelaburan dalam sektor-sektor strategik yang telah dikenal pasti,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Dalam pertemuan itu beliau turut menekankan keutamaan Kerajaan MADANI untuk memacu pelaburan berkualiti tinggi, terutamanya dalam teknologi bernilai tambah, kecerdasan buatan (AI), dan tenaga hijau.

Dengan dasar ekonomi terbuka dan hubungan erat Malaysia–Jepun yang telah lama terjalin, Kerajaan akan terus memperkukuh ekosistem pelaburan yang kondusif, ujar beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *