SPRM, HRD CORP PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK

Putrajaya, 7 Ogos – Human Resource Development Corporation (HRD Corp) sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam meningkatkan usaha-usaha pencegahan rasuah di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp, Dr. Syed Alwi Mohamed Sultan berkata, pihaknya telah menjalin kerjasama dengan SPRM melalui Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) sejak 2024, menerusi kempen kesedaran mengenai integriti dan amalan antirasuah.

โ€œPertemuan ini juga membuka peluang kepada kami untuk merangka usaha dan sistem pengurusan antirasuah yang lebih berkualiti,” katanya ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Datoโ€™ Sri Haji Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM, di sini hari ini.

Dalam pertemuan itu, HRD Corp turut membentangkan kejayaan penganjuran Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2025 bertujuan untuk menyediakan peluang pembelajaran berkualiti secara percuma kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan sesi Penyerahan Sijil Penghargaan NTW 2025 yang telah diadakan baru-baru ini.

Selain itu, kerjasama antara HRD Corp dan SPRM dalam penganjuran Sidang Kemuncak Antirasuah Kebangsaan (NAC Summit) yang telah diadakan pada 29 Februari 2024, berjaya mencapai strategi memerangi rasuah secara efektif serta mempromosikan amalan perniagaan yang beretika dalam membentuk kerangka tatakelola baik.

Sementara itu, Tan Sri Azam menyambut baik hasrat HRD Corp untuk terus menjalinkan kerjasama strategik bersama SPRM terutamanya dalam menyediakan latihan untuk pentauliahan pegawai-pegawai SPRM sebagai penceramah.

Turut hadir Pengerusi HRD Corp, Datuk Abu Huraira Abu Yazid; Pengarah PenMas SPRM, Datuk Ahmad Nizam Ismail dan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, P/PKPj Hisyam Mohd Yusoff.

SPRMMalaysia

RasuahDihinaMaruahDibina

taatsetia

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *