





Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
8 OGOS 2025
Sukan bukan sekadar mencari kemenangan atau mendapat medal sahaja tetapi platform penting penyatuan semua lapisan masyarakat tanpa batasan kaum dan agama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kebersamaaan rakyat dituntut, baik sebagai individu atau organisasi untuk terus menyokong atlet-atlet negara berjuang meletakkan nama Malaysia di persada dunia.
“Dalam pengalaman saya berinteraksi dengan banyak negara, saya melihat bagaimana sukan dimartabatkan sebagai cerminan jati diri nasional, dibentuk melalui keadilan, pengorbanan dan usaha berterusan, malah inilah juga semangat yang ingin kita semai melalui pembinaan Rumah Olimpik ini,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Terdahulu Anwar berucap di Majlis Pecah Tanah Rumah Olimpik di pekarangan Stadium Bukit Jalil hari ini (7 Ogos)
Tegas Anwar teruslah menyokong perjuangan atlet tanah air, dan membina negara dengan semangat kesatuan dan daya juang yang tinggi. – JM
