PMX bertemu Amir Raja Lawak sampaikan sumbangan

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
10 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Mohammad Amirullah Azmi atau Amir Raja Lawak di restorannya berhampiran Stadium Sultan Muhammad IV.

“Saya zahir simpati pada saudara Amir yang berdepan ujian apabila bapanya menghidap masalah kesihatan yang serius,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Beliau titipkan pesanan supaya Amir terus tabah berdepan dugaan ini, dan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban ujian yang dihadapi.

“Mendoakan Amir dimurahkan rezeki dan dipermudah urusan. Semoga Allah SWT mengurniakan afiah dan kesembuhan pada bapanya, Insya-Allah,” tambah Perdana Menteri. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *