Fahmi lawat NADI Pulau Banggi, Kudat, Sabah pantau perkembangan

Oleh: Sholina Osman
11 OGOS 2025

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil telah mengadakan lawatan ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pulau Banggi, Kudat, Sabah bagi memantau perkembangan NADI di daerah tersebut.

Kenyataan media Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan Fahmi juga berinteraksi bersama komuniti setempat termasuk ahli Komuniti MADANI dan meninjau status keterhubungan telekomunikasi di daerah itu.

Sebagai sebuah pusat komuniti digital sehenti di bawah inisiatif MCMC, NADI Pulau Banggi memainkan peranan penting dalam menyediakan capaian Internet, latihan kemahiran digital, dan akses maklumat kepada komuniti, khususnya di kawasan luar bandar.

Selain melawat fasiliti NADI, Fahmi turut memantau kemajuan liputan telekomunikasi di sekitar Pulau Banggi, yang menunjukkan perkembangan positif dalam memperluas capaian rangkaian
serta meningkatkan keterhubungan terutamanya untuk komuniti di Sabah.

MENINGKATKAN KETERCAPAIAN DIGITAL

Lawatan ini menzahirkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk meningkatkan ketercapaian digital luar bandar, memacu pembangunan sosioekonomi, dan memperkukuh agenda pendigitalan negara.

Teknologi Starlink di NADI Pulau Banggi menyediakan akses Internet berkelajuan tinggi, dengan kelajuan minimum melebihi 100Mbps.

NADI ini juga dilengkapi ruang latihan serta perkhidmatan rujukan maklumat yang menyokong pembangunan ekonomi, pendidikan dan keusahawanan digital.

NADI Pulau Banggi ini merupakan Projek Inklusif Digital NADI Malaysia yang telah dinobatkan juara World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2025 bagi kategori C4: Capacity Building anjuran International Telecommunication Union (ITU) bersama agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *