LAWATAN NEGARA SULTAN IBRAHIM KE PERSEKUTUAN RUSIA PERKUKUH HUBUNGAN ANTARABANGSA MALAYSIA

Lawatan Negara KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Persekutuan Rusia mencatatkan kejayaan strategik dalam mengukuhkan hubungan dua hala.

Seri Paduka Baginda berangkat tiba di Moscow pada 5 Ogos lalu, atas jemputan Tuan Yang Terutama Vladimir V Putin, Presiden Persekutuan Rusia.

Sultan Ibrahim melakar sejarah sebagai Ketua Negara Malaysia pertama mengadakan Lawatan Negara ke Persekutuan Rusia sejak tertubuhnya hubungan diplomatik pada tahun 1967.

Pada pertemuan rasmi bersama Seri Paduka Baginda di Kremlin, Presiden Putin menyifatkan
hubungan antara Moscow dan Kuala Lumpur berada pada tahap yang baik dengan komunikasi berterusan antara pelbagai agensi kerajaan.

Malah, Presiden Putin turut memuji peranan Malaysia dalam Kumpulan Pembangunan Strategik Rusia-Dunia Islam yang disifatkan sebagai kerjasama berkesan dan platform persefahaman bersama antara Rusia dan negara-negara Islam.

Seri Paduka Baginda turut berangkat ke Kazan bersempena Lawatan Negara ke Persekutuan Rusia, dengan menekankan potensi kerjasama antara Malaysia dan Republik Tatarstan dalam
bidang petrokimia, inovasi, kewangan Islam dan sektor Halal.

Pada hari ini (10 Ogos), Seri Paduka Baginda berangkat pulang selepas mengakhiri Lawatan Negara ke Persekutuan Rusia sejak Selasa lalu (5 Ogos).

Terdahulu, Tuan Yang Terutama Rustam Minnikhanov, Rais (Presiden) Republik Tatarstan mengiringi Seri Paduka Baginda ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kazan.

YDPAgong

AllahPeliharakanSultan

IstanaNegara

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *