YANG DI-PERTUAN AGONG SELAMAT BERANGKAT TIBA DI TANAH AIR

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat berangkat kembali ke tanah air hari ini (11 Ogos) selepas selesai Lawatan Negara ke Persekutuan Rusia selama 5 hari.

Pesawat peribadi Seri Paduka Baginda tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 6.30 pagi.

Berangkat bagi menyambut keberangkatan tiba Sultan Ibrahim, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, bersama YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim Tunku Putera Johor.

YDPAgong

AllahPeliharakanSultan

IstanaNegara

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *