PMX raikan Ketua Penasihat Kerajaan Republik Rakyat Bangladesh

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
12 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan ketibaan sahabat baik saya yang juga Ketua Penasihat Kerajaan Republik Rakyat Bangladesh, Profesor Dr Muhammad Yunus Chief Adviser GOB yang dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam.

Beliau berkata Dr Muhammad Yunus dan delegasi diberi sambutan rasmi termasuk pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.

“Selesai sambutan rasmi, saya dan Profesor Dr Muhammad telah mengetuai delegasi masing-masing dalam sesi mesyuarat dua hala serta pertemuan tertutup yang berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Anwar berkata lawatan ini bukan sekadar memperkukuh persahabatan dua negara, tetapi juga membuka lembaran baharu kerjasama strategik demi kesejahteraan rakyat Malaysia dan Bangladesh. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *