Nurul Izzah tidak akan berhenti perjuang keadilan untuk Zara Qairina

Oleh: Sholina Osman
13 OGOS 2025

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegas beliau tidak akan berhenti memperjuangkan keadilan buat Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir sehingga orang yang bertanggungjawab menerima hukuman yang setimpal.

Beliau juga akan memberi jaminan
bahawa anak-anak di negara ini akan berada di dalam persekitaran yang selamat.

“Kita akan terus mengikuti dan memantau dengan rapat setiap perkembangan kes ini – kerana setiap anak berhak untuk membesar dalam persekitaran yang selamat, bebas daripada ketakutan dan ancaman,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Nurul Izzah berkata ini adalah tanggungjawab kita bersama untuk terus cakna, melindungi, dan memastikan tragedi seperti ini tidak berulang lagi.

USAHA DAN TAWAKAL

“Teruskan berdoa, usaha, dan tawakal – agar keadilan dan kebenaran ditegakkan, dan roh anakanda Zara ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Dua minggu lepas, beliau telah terbang ke Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur untuk bertemu ibu Zara.

Walau bagaimanapun, kata Nurul Izzah pada waktu itu ibu Zara masih belum bersedia untuk berjumpa.

“Saya tidak memaksa, tetapi bersyukur hari ini saya diberi ruang untuk menyampaikan takziah kepadanya secara bersemuka,” ujar beliau.

TIDAK SEDIH MELIHAT

Nurul Izzah memahami ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya pergi tak kembali.

“Sebagai seorang ibu, saya benar-benar merasa kesedihan yang ditanggung oleh ibu kepada adik Zara. Dia hanya mahu melihat Zara membesar seperti biasa, sihat, dan ceria,” kata beliau.

“Zara seperti anak kita semua. Peribadinya sopan, akhlaknya mulia, dan merupakan seorang yang berpegang teguh pada ajaran agama,” tambah beliau.

Nurul Izzah berkata pemergian Zara telah menyatukan kita semua merentasi sempadan dan perbezaan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *