



Wartawan JM
13 OGOS 2025
Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzi singgah di reruai Kempen Internet Selamat (KIS) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Parlimen.
Beliau berkata, ia sebagai tanda beliau memberi sokongan penuh sambil menyuarakan harapan agar KIS terus diperluas dan dipromosikan di setiap peringkat masyarakat.
“Reruai KIS ini akan berada di Parlimen sehingga 14 Ogos, memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat, khidmat nasihat serta tip keselamatan internet secara interaktif,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Sekaligus katanya bagi memacu usaha advokasi keselamatan Internet yang giat dijalankan di seluruh negara. – JM
