


Oleh: Sholina Osman
14 OGOS 2025
Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan tidak timbul sebarang isu kehilangan kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Dewan Rakyat dan Perdana Menteri.
Dalam kenyataan media AGC hari ini (14 ogos) memaklumkan ini kerana asas kepada tindakan tersebut adalah pengampunan yang telah diberikan oleh Yang Di-Pertuan Agong (“YDPA”) Ke-15 tidak mengandungi sebarang pembatalan terhadap kehilangan kelayakan Anwar di bawah Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan itu AGC sebagai mengulas mengenai laporan media berkenaan satu tindakan Mahkamah telah difailkan oleh Waytha Moorthy terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (“Datuk Seri Anwar”), bagi mencabar kelayakan Anwar sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Tambun dan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.
MANA-MANA INDIVIDU
Bagaimanapun kata kenyataan itu lagi AGC menghormati hak mana-mana individu untuk memfailkan tindakan di Mahkamah.
Dalam hal ini, Mahkamah Rayuan dalam kes Datuk Seri Anwar bin Ibrahim v Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz [2023] 2 MLJ 545 telah memutuskan bahawa YDPA mempunyai kuasa untuk mengampunkan terhadap sabitan dan hukuman.
Perintah Pengampunan yang dititahkan oleh YDPA Ke-15 menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar telah diberikan pengampunan sepenuhnya dan dianggap sebagai seorang yang tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan. – JM
