PMX terima kunjungan hormat Presiden PERDASAMA, delegasi

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
14 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Mohd Azamanizam Baharon, Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Nasional, bersama delegasi.

Beliau berkata sebagai sebuah persatuan yang menghimpunkan 27,263 syarikat Bumiputera, PERDASAMA telah memainkan peranan penting dalam menggembleng tenaga, kepakaran dan jaringan dalam kalangan ahlinya.

Dalam pertemuan ini, beliau menegaskan rasional dan ketetapan Kerajaan berhubung agenda pembangunan Bumiputera yang perlu difahami dan dihayati oleh semua persatuan, termasuk PERDASAMA.

PELAKSANA INISIATIF PEMBANGUNAN

“Saya juga menekankan kepentingan koordinasi yang lebih mantap antara pelaksana inisiatif pembangunan usahawan Bumiputera, agar setiap usaha berfokus, saling melengkapi dan memanfaatkan kekuatan masing-masing,” katanya dalam hantaran di FB.

Kerajaan menyambut baik cadangan inisiatif yang diutarakan PERDASAMA, dan saya yakin kerjasama strategik ini akan memberikan impak yang lebih besar dalam memperkukuh ekosistem perniagaan Bumiputera serta memperluas peluang ekonomi negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *