






Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
15 OGOS 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama warga Putrajaya di Surau Al-Muttaqin, Presint 5.
“Khatib hari ini menyampaikan peringatan penting mengenai gerakan-gerakan yang muncul mutakhir ini dan mengancam akidah umat Islam,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
Kerana itu, kata beliau Kerajaan MADANI memperkenalkan pendekatan baharu dengan memperkukuhkan pendidikan agama di sekolah, mendedahkan semua pelajar Islam kepada pengajian al-Quran, termasuk Matan Arbain Hadis 40 Imam Nawawi demi menyuburkan budaya ilmu dan pencerahan.
“Semoga usaha ini memantapkan kefahaman akidah yang benar serta melindungi umat dan anak-anak kita daripada fahaman dan ajaran yang menyesatkan, Insya-Allah,” tambah beliau. – JM
