Fahmi rasmi Mercu Tanda Kampung Kerinchi

Oleh: Sholina Osman
15 OGOS 2025

Ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Fahmi Fadzil telah merasmikan Mercu Tanda Kampung Kerinchi, satu lambang sejarah, identiti, dan perjuangan warga di sini yang sudah lebih 150 tahun usianya.

“Sebagai anak Lembah Pantai, saya percaya nama dan kisah Kampung Kerinchi ini mesti terus terpahat, bukan sekadar di peta, tetapi di hati setiap generasi,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Bagaimanapun kata Menteri Komunikasi ini arus pembangunan harus datang bersama komitmen untuk memastikan anak-anak tempatan tidak dipinggirkan.

PROJEK PERUMAHAN BAHARU

“Sebab itu saya terus memperjuangkan agar projek-projek perumahan baharu seperti Residensi Madani dan Residensi Wilayah memberi keutamaan kepada warga Lembah Pantai,” kata Fahmi.

“Kita mahu mereka membina masa depan di tanah kelahiran sendiri, tanpa perlu meninggalkan akar dan komuniti. Terima kasih kepada semua yang telah bersama menjayakan usaha ini,” tambah beliau.

Semoga mercu tanda ini menjadi peringatan bahawa kemajuan dan pembangunan hanya benar-benar bermakna apabila memberi penghargaan kepada sejarah dan memelihara masyarakat yang menjadi nadi kawasan ini.

Mercu tanda ini telah dibina dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persatuan Waris Kerinchi dan Persatuan Tiga Luar. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *