PMX terima kunjungan hormat anak muda dari Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia UKEC

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
15 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan anak-anak muda dari Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire (UKEC) yang sedang bercuti musim panas dan sedang menjalani latihan amali di syarikat swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Malaysia dan juga di luar negara.

Beliau berkata, anak-anak muda ini mewakili lebih 16,000 pelajar-pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di United Kingdom dan di Republik Ireland.

“UKEC yang diketuai oleh Vincent Tang telah mengemukakan cadangan peluang kerjasama yang lebih strategik di antara Kerajaan Persekutuan dengan UKEC melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam pelbagai bidang yang ingin diterokai dan dasar sedia ada,” kata beliau dalam hantaran di FB.

HARUS DEPANI GEJALA

Anwar juga mendapatkan pandangan dan cadangan mengenai bagaimana harus didepani gejala ‘brain drain’ yang telah sekian lama merundung negara.

“Saya juga telah menekankan bahawa semua pihak mesti memanfaat serta mengoptimumkan dasar serta struktur sedia ada yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan pertindihan struktur atau dasar, dan memastikan libaturus dan wacana bergerak secara berterusan bagi memastikan pelbagai isu dapat diselaraskan dengan berkesan dan sistematik,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *