






15 Ogos 2025
PUTRAJAYA: β Telah berlangsung Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) yang dirasmikan okeh Yang Amat Berhormat (YAB) Dato Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
Menerusinya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia turut mengambil bahagian melalui pembukaan reruai pameran sebagai platform memperkenalkan perkhidmatan JPJ dan kemudahan yang ditawarkan kepada orang ramai antaranya kadar rata bayaran tiga kategori saman dengan harga RM150.
Reruai JPJ turut menerima kunjungan daripada YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, yang meninjau secara dekat maklumat, kemudahan interaktif, dan demonstrasi perkhidmatan yang disediakan.
Dalam majlis sama, delegasi JPJ yang diketuai oleh dan YBhg. Datoβ Aedy Fadly bin Ramli, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia turut bersama-sama mendengar amanat YAB Perdana Menteri.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen JPJ dalam menyokong aspirasi perkhidmatan awam yang penuh dengan nilai kecekapan dan profesionalisme selaras dengan tema MAPPA XX.
