



Di kedalaman laut biru yang menyimpan ribuan rahsia, nama Malaysia sekali lagi berkumandang di persada antarabangsa. LK I PLM Alphonsus Baking, anggota elit Penyelam Ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), telah mencatat sejarah apabila dinobatkan sebagai Penuntut Terbaik Penyelam Luar Negara (Best Foreign Diver) dalam Coast Guard Basic Diving Course 13 (CGBDC13).
Bertempat di Maldives dari 7 Mei hingga 7 Ogos 2025, kursus intensif ini menghimpunkan 16 peserta, termasuk 7 penyelam antarabangsa dari Malaysia, Bangladesh, Sri Lanka, Nepal dan India. Dalam setiap ujian ketahanan fizikal, latihan bawah air yang mencabar, dan misi simulasi berisiko tinggi, Alphonsus tampil menyerlah dengan disiplin, ketangkasan, serta ketabahan luar biasa yang menjadi identiti Penyelam Ranjau TLDM.
Lebih membanggakan, pencapaian ini mengekalkan rekod cemerlang empat tahun berturut-turut anggota Penyelam Ranjau TLDM meraih gelaran tertinggi dalam kursus tersebut β kesinambungan kejayaan tahun 2024 yang membuktikan standard latihan TLDM berada pada tahap kelas dunia.
βKami dilatih untuk berjuang, bukan sahaja demi tugas, tetapi demi maruah negara,β ujar Alphonsus ringkas, namun sarat makna.
Dengan berpegang kepada semangat βSedia Berkorbanβ, Penyelam Ranjau TLDM sekali lagi membuktikan bahawa kehebatan anak Malaysia bukan sahaja menguasai daratan, malah menakluki cabaran di kedalaman samudera antarabangsa.
NavyPeople
Kebanggaan
SediaBerkorban
penyelamranjau
DutyHonourSacrifice
Sumber : KD Duyong
