PDRM siasat akaun TikTok muat naik kandungan tidak sahih kes Zara Qairina

Wartawan JM
16 OGOS 2025

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan ke atas satu akaun TikTok @berjuanguntukzara kerana memuat naik kandungan yang tidak tepat dan sahih dikaitkan dengan kes Zara Qairina.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Ia membabitkan di atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan kandungan yang mempunyai kecenderungan menghasut kebencian terhadap mana-mana pihak serta boleh menyebabkan kegusaran dan kegentaran awam,” katanya dalam kenyataan media hari ini (16 Ogos).

PERBUATAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Sehubungan itu katanya PDRM menyeru orang ramai agar menghentikan segera perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut kerana boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata penularan kandungan yang tidak sahih tersebut berpotensi menjejaskan kelancaran serta keberkesanan proses siasatan oleh pihak PDRM. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *