Fahmi lancar Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 Peringkat KL, Putrajaya

Oleh: Sholina Osman
Foto FB Penerangan Lembah Pantai

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil telah merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bertempat di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai hari ini (16 Ogos).

Kenyataan media Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memaklumkan antara pengisian menarik ialah Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melibatkan penyertaan 73 buah kenderaan.

Konvoi ini merangkumi kontinjen yang terdiri daripada Jabatan/Agensi Kementerian Komunikasi, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kelab
Permotoran Suzuki V-Strom Malaysia serta gabungan Komuniti MADANI Lembah Pantai.

KEMPEN INTERNET SELAMAT

Turut diadakan, program sisipan seperti Kempen Internet Selamat (KIS) yang memberikan pendedahan tentang amalan penggunaan Internet yang beretika kepada penuntut IPG.

Pada majlis yang sama, Kit Jalur Gemilang diserahkan kepada pengurusan tertinggi IPG dan dua belas wakil Komuniti MADANI seluruh Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Putrajaya sempena inisiatif ‘1 Rumah 1 Jalur Gemilang’.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Husin; Ketua Pengarah
Jabatan Penerangan Malaysia, Julina Johan dan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur, Dr. Masitah Mohammad Yusof. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *