


17 Ogos 2025
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, Ketua Polis Negara di Istana Bukit Tunku, ibu negara, hari ini (17 Ogos).
Ketibaan beliau turut diiringi Datuk Ibrahim Darus, Pengarah Cawangan Khas PDRM dan Datuk M Kumar, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM.
Ia merupakan pertemuan pertama bagi Datuk Ibrahim dan Datuk Kumar sejak memulakan portfolio baharu masing-masing dalam PDRM.
Yang di-Pertuan Agong dipersembah maklum tentang isu-isu semasa PDRM dan keselamatan.
