“Perlis Connect” tingkat literasi digital, perkasa usahawan di Padang Besar

Oleh: Sholina Osman
17 Ogos 2025

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan melancarkan program flagship “Perlis Connect” yang dihadiri hampir 2,000 pengunjung di Padang Besar Street, Padang Besar, Perlis hari ini (16 Ogos).

Kenyataan media Komunikasi Korporat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan program ini bertujuan memperluas kesedaran digital, memperkasakan pengguna, serta menyokong ekosistem inovasi dan keusahawanan tempatan melalui pelbagai inisiatif dan aktiviti interaktif.

Inisiatif ini menjadi platform strategik untuk mendedahkan masyarakat kepada kemajuan teknologi dan komunikasi.

SESI PENERANGAN PERKHIDMATAN

Antara pengisian menarik “Perlis Connect” ialah sesi penerangan perkhidmatan perayauan antarabangsa, kempen keselamatan siber melalui Kempen Internet
Selamat (KIS), demonstrasi aplikasi MCMC NEXUS, serta pameran dan jualan produk tempatan oleh usahawan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Turut dibuka, Kaunter Aduan
MCMC bagi memudahkan orang ramai membuat laporan, mendapatkan khidmat nasihat dan mengakses maklumat berkaitan perkhidmatan komunikasi, sekali gus
mendekatkan perkhidmatan kepada rakyat.

BERNAMA turut menyumbang kepakaran editorial dan memanfaatkan platform medianya bagi memperluas jangkauan cerita
kejayaan usahawan tempatan.

Usaha ini dilaksanakan melalui sesi temu bual langsung, liputan berita, serta siaran langsung dari Studio Bergerak BERNAMA di lokasi program.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauz Md Isa; Ahli Suruhanjaya MCMC, Jeneral (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *