Jangan terlalu terpukau atau terlalu bergantung kepada kecanggihan teknologi semata-mata – PMX

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
18 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memgingatkan kalangan penjawat awam supaya berhati-hati agar tidak terlalu terpukau atau terlalu bergantung kepada kecanggihan teknologi semata-mata.

Beliau berkata teknologi walaupun membantu tetapi ia tidak sempurna.

“Ia boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat dan, jika tidak dikawal dengan bijak, boleh menjejaskan pengurusan serta kualiti penyampaian perkhidmatan awam,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Terdahulu beliau berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI CANGGIH

Beliau singgung dalam era transformasi digital yang pesat, penggunaan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI) amat penting dalam meningkatkan produktiviti dan kecekapan pentadbiran.

“Dengan pendekatan ini, kita bukan sahaja dapat memanfaatkan kecanggihan digital, tetapi juga memastikan pentadbiran kekal berintegriti, berkesan dan berorientasikan rakyat,” kata Anwar.

Beliau juga menekankan bahawa adalah menjadi tanggungjawab semua untuk memanfaatkan kemajuan ini demi mempertingkat hasil kerja serta memenuhi amanah yang diberikan dengan lebih cekap dan berkesan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *