PMX saksi MoU antara MCMC, MMU tubuh AIX di Cyberjaya

Wartawan JM
18 OGOS 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan majlis pertukaran Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Universiti Multimedia (MMU) yang membawa kepada penubuhan AI Transformation Centre (AIX) di Cyberjaya.

“Dengan pelaburan bernilai
RM37 juta, AIX menempatkan 13 makmal AI bertaraf dunia dan menjadi hab nasional yang menyatukan kerajaan, industri serta akademia untuk memperkasa inovasi, penyelidikan dan pembangunan tenaga kerja masa depan,” kata MCMC dalam hantaran di FB.

MCMC komited untuk memastikan Malaysia bukan sahaja mengikuti perkembangan global, malah muncul sebagai peneraju serantau dalam bidang kecerdasan buatan.

Usaha ini akan memacu ekonomi digital, memperkukuh inovasi serta memastikan rakyat menikmati manfaat teknologi secara inklusif. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *