Pentingnya kerjasama erat antara pemimpin negeri, persekutuan – PMX

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
19 OGOS 2025

Kerjasama erat di antara pemimpin negeri dan persekutuan amat penting dalam memastikan aspirasi rakyat dapat direalisasikan secara menyeluruh dan inklusif.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat muafakat ini akan terus menjadi asas kepada perpaduan nasional yang lebih kukuh, demi masa depan Malaysia yang progresif, adil dan sejahtera untuk semua.

“Saya percaya bahawa kestabilan politik adalah asas penting dalam menjayakan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat,” kata beliau dalam hantaran di FB.

PERTEMUAN PENUH MAKNA

Sebelum itu Perdana Menteri mengadakan pertemuan penuh makna antara Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh semangat kebersamaan.

Beliau berkata pertemuan ini mencerminkan kematangan politik serta iltizam untuk memperkukuh kerjasama demi kestabilan negara, khususnya dalam konteks hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *