PMX hubungi Perdana Menteri Kemboja perkembangan gencatan senjata dengan Thailand

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
19 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bercakap dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet tengah hari tadi bagi membincangkan mengenai perkembangan terkini melibatkan gencatan senjata di antara pihak Kemboja dan Thailand.

“Kami turut menyentuh perihal pasukan pemerhati sementara (IOT) yang telah menjalankan pemantauan rapi di kawasan sempadan kedua-dua negara tetangga,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Anwar berkata, beliau juga berbincang lanjut mengenai langkah lain yang boleh dilakukan untuk memperkemas keberkesanan operasi pemantauan oleh IOT. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *