TAKLIMAT MEDIA MYGOV MALAYSIA (VERSI BETA)

KUALA LUMPUR, 20 Ogos 2025 – Kementerian Digital memperkenalkan MyGOV Malaysia (Versi Beta), aplikasi digital kerajaan pertama yang dibangunkan sepenuhnya secara dalaman oleh agensi kerajaan melalui Jabatan Digital Negara (JDN).

Aplikasi ini menghimpunkan 34 perkhidmatan penting kerajaan dalam satu platform, termasuk:

  • MyKAD digital
  • Lesen Memandu & Cukai Jalan
  • Rekod kesihatan melalui MySejahtera
  • ⁠Semakan saman & status dokumen
  • ⁠Chatbot AI untuk sokongan segera

YBhg. Tuan Fabian Bigar, Ketua Setiausaha Kementerian Digital telah memberikan taklimat berkaitan aplikasi MyGOV versi beta kepada media di My5G Portal tengah hari tadi.

Pelancaran rasmi dijadual berlangsung pada 23 Ogos 2025 di Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Sembilan, dan akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri.

Perlindungan data dan keselamatan pengguna diperkukuh melalui kepakaran CyberSecurity Malaysia serta pengesahan identiti selamat oleh MyDigital ID.

MyGOV adalah antara inisiatif utama ke arah kedaulatan digital negara, membina satu gerbang sehenti bagi perkhidmatan kerajaan secara digital.

Sesi libat urus seperti Citizen Lab akan dilaksanakan bagi memastikan pembangunan aplikasi ini benar-benar selaras dengan keperluan dan kehendak rakyat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *