KDPB SULTAN PAHANG BERKENAN TERIMA MENGADAP AJK PEKAP

21 Ogos 2025

KUALA LUMPUR – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli menerima mengadap Ahli Jawatankuasa Persatuan Anak-Anak Pahang Di Ibu Kota (PEKAP) di sebuah hotel di Bukit Kiara di sini semalam.

Paduka Baginda menzahirkan ingatan kepada setiap ahli PEKAP agar terus berusaha sebaik mungkin membantu ahli-ahli dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat Negeri Pahang di Lembah Klang selari dengan matlamat asal penubuhan PEKAP.

Turut hadir ialah Yang Di Pertua PEKAP, Datuk Haji Azman Shah bin Haji Abdullah.

Untuk rekod, PEKAP merupakan sebuah persatuan yang ditubuhkan pada September 1966 khas untuk anak-anak Pahang yang merantau dan telah bermastautin di Lembah Klang. PEKAP kini telah berusia 59 tahun dan mempunyai ahli seramai 4332 orang. – KESULTANAN PAHANG


HRH THE SULTAN OF PAHANG GRANTS AUDIENCE TO PEKAP COMMITTEE

KUALA LUMPUR, 21 August 2025 – His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, graciously granted an audience to the Committee Members of the Pahang Residents’ Association in the Capital City (PEKAP) at a hotel in Bukit Kiara here yesterday.

His Royal Highness reminded every member of PEKAP to continue striving their best to assist fellow members and to strengthen unity among the people of Pahang living in the Klang Valley, in line with the original objectives of PEKAP’s establishment.

Also present was the President of PEKAP, Datuk Haji Azman Shah bin Haji Abdullah.

For the record, PEKAP was founded in September 1966 specifically for Pahang natives who had migrated and settled in the Klang Valley. Today, PEKAP is 59 years old and has a membership of 4,332. – KESULTANAN PAHANG

kesultananpahang

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *