




Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
21 OGOS 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles, sebagai usaha memperkukuh hubungan dua hala yang telah terjalin sejak tahun 1957.
Beliau berkata pertemuan ini membuka ruang pertukaran pandangan untuk mempererat kerjasama strategik dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi, pertahanan serta keselamatan serantau.
“Australia mengalu-alukan peranan penting Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, terutamanya dalam mengendalikan konflik Myanmar, isu gencatan senjata Kemboja-Thailand, serta kemasukan Timor Leste sebagai anggota baharu ASEAN,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Perdana Menteri berkata Malaysia turut menyambut baik hasrat Kerajaan Australia untuk mengiktiraf negara Palestin di Sesi Ke-80 PBB pada September kelak. – JM
