63 murid SK Sarikei ikuti Kempen Internet Selamat – MCMC

Oleh: Sholina Osman
22 OGOS 2025

Sebagai usaha mendidik generasi muda tentang keselamatan dalam talian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Cawangan Sibu dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kluster Sarikei telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sarikei pada 15 Ogos 2025.

“Seramai 63 murid Tahun 4 hingga Tahun 5 telah mengikuti sesi interaktif di dalam program yang merangkumi topik-topik penting seperti had umur media sosial, kandungan merbahaya dalam media sosial, kesan-kesan penggunaan media sosial dan amalan selamat ketika melayari media sosial, kata MCMC dalam hantaran di FB.

Melalui aktiviti menarik dan pendekatan mesra pelajar, program ini diharapkan dapat membina kesedaran dalam kalangan murid untuk lebih peka terhadap pelbagai risiko dalam penggunaan media sosial yang merupakan langkah penting untuk membentuk pengguna media sosial yang berhemah dan bertanggungjawab. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *