MCMC buat laporan polis terima bungkusan mencurigakan dari syarikat kurier

Oleh: Sholina Osman
22 OGOS 2025

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuat laporan polis berhubung satu penghantaran bungkusan mencurigakan melalui sebuah syarikat kurier yang menggunakan
nama Pengerusi MCMC sebagai penerima.

Kenyataan media Komunikasi Korporat MCMC memaklumkan hasil semakan awal dengan pihak kurier mendapati penghantar tersebut
berdaftar menggunakan nama samaran dan nombor telefon tertentu sejak Jun 2025.

Syarikat kurier berkenaan turut merekodkan sebanyak 55 aduan terhadap penghantar ini, termasuk 18 kes penghantaran barang yang tidak dipesan oleh penerima dan 37 kes penghantaran tidak lengkap atau tidak selesai.

OLEH PIHAK KURIER

Bungkusan berkenaan telah diminta untuk ditahan oleh pihak kurier bagi
siasatan lanjut oleh polis.

MCMC memandang serius sebarang bentuk penghantaran mencurigakan yang boleh menimbulkan ancaman, dan akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan awam serta integriti institusi terpelihara.

MCMC turut mengingatkan orang ramai agar berwaspada sekiranya menerima bungkusan daripada sumber yang tidak dikenali atau tidak dibuat pesanan.

Sekiranya timbul keraguan, orang ramai dinasihatkan untuk segera
menghubungi pihak berkuasa atau syarikat kurier bagi pengesahan lanjut. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *