



Oleh: Sholina Osman
22 OGOS 2025
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan Mahkamah Bergerak sebagai inisiatif yang sangat bermanfaat untuk kemudahan rakyat luar bandar.
“Ini membolehkan rakyat mendapatkan akses kepada sistem keadilan bagi kes-kes kecil tanpa perlu ke bandar,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Terdahulu Dr Wan Azizah melakukan lawatan ke pameran Mahkamah Bergerak di pekarangan Parlimen Malaysia.
Hadir sama Ahli Parlimen Segamat R. Yuneswaran; Ahli Parlimen Sungai Petani Taufiq Johari dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura sebelum bermulanya sesi Dewan Rakyat. – JM
