





Oleh: Sholina Osman
22 OGOS 2025
Setiap Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah perlu sentiasa menjaga adab dan akhlak dalam setiap urusan pentadbiran dan interaksi dengan masyarakat.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, walaupun matlamat utama adalah untuk terus mengimarahkan masjid, namun pihak pengurusan hendaklah berusaha mencari pendekatan dan inisiatif βdi luar amalan biasaβ yang dapat memberikan nilai tambah kepada kariah masing-masing.
βMasjid boleh meningkatkan keberkesanan pengurusan dengan mengurangkan kos melalui perkongsian sumber bersama komuniti dan kariah bersebelahan, penganjuran program bersama, serta penggunaan kemudahan kolektif seperti van jenazah dan tanah perkuburanβ.
PENUBUHAN “FOOD BANK”
βUsaha penjimatan elektrik, penubuhan “food bank”, projek agrokomuniti, serta penggunaan panel solar bukan sahaja menjimatkan kos malah menambah dana, membantu asnaf, dan menjamin kelestarian masjid di samping berfungsi sebagai pusat bantuan masyarakat ketika bencanaβ titah Baginda lagi
Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Multaqa Pegawai dan Jawatankuasa Masjid Negeri Perlis 2025 di Dewan Warisan, Kangar.
Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Maizura Shamsuddin.
Turut hadir ialah Mufti Negeri Perlis, Datuk Prof Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.
PENERAJU DALAM PENGURUSAN
Multaqa ini dianjurkan oleh JAIPs dengan kerjasama MAIPs serta Jabatan Mufti Negeri Perlis selaku peneraju dalam pengurusan dan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri ini.
Jalinan kerjasama erat dan sinergi yang terjalin inilah yang memperkukuh serta memastikan pentadbiran agama Islam di Negeri Perlis dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, berkesan dan berdaya saing.
Tuanku Syed Faizuddin Putra, selaku Yang DiPertua MAIPs, berkenan menyempurnakan pengurniaan Anugerah Khas Jamiyyah Pegawai-Pegawai Masjid Negeri Perlis iaitu Anugerah Kepimpinan dan Jasa Bakti kepada Ya Ali Dahaman @ Abd Rahman.
Baginda turut menyampaikan Buku Peraturan Jawatankuasa Kariah dan Garis Panduan Pengurusan Kewangan Masjid kepada 15 penerima terpilih sebagai wakil.
Tuanku Raja Muda Perlis turut menzahirkan harapan agar Multaqa ini akan menjadi titik tolak kepada pengurusan masjid yang lebih profesional, berintegriti dan memberi manfaat kepada seluruh kariah. – JM
