Fahmi lancar Kempen Denyut Nadi Merdeka

Wartawan JM
Foto FB Kementerian Komunikasi
23 OGOS 2025

Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025, Datuk Fahmi Fadzil hari ini hadir ke Pelancaran Kempen Denyut Nadi Merdeka.

“Prasarana Malaysia Berhad mengumumkan operasi 24 jam pada 30 dan 31 Ogos ini bagi perkhidmatan rel Rapid KL, Bus Rapid Transit (BRT), laluan bas terpilih dan beberapa zon Rapid KL On-Demand (ROD) serta 96 bas perantara percuma ke tapak sambutan Hari Kebangsaan 2025,” kata Kementerian Komunikasi dalam hantaran di FB.

Jalur Gemilang turut diedarkan oleh Fahmi kepada penumpang dari Stesen LRT Bangsar ke Stesen Pasar Seni bagi memupuk semangat patriotik dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

Layari www.myrapid.com.my untuk maklumat lanjut berkaitan laluan bas dan zon ROD. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *