Tiada kemalangan jiwa, kerosakan harta benda akibat gempa bumi lemah di Segamat

Antara kesan gegaran gempa bumi awal pagi tadi di Surau Kampung Sanglang, Buloh Kasap, Segamat (gambar FB Komuniti Segamat)

Wartawan JM
24 OGOS 2025

Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan akibat gegaran gempa bumi lemah di Segamat, Johor pada pukul 6.13 pagi tadi.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz mengesahkan demikian setelah menghubungi Pegawai Daerah
Segamat Mohd Ezzuddin Sanusi berhubung kejadian ini.

Bagaimanapun beliau menasihatkan orang ramai jangan mendekati struktur-struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa.

“Kerajaan Negeri Johor sedang memantau keadaan ini dengan teliti bersama agensi berkaitan,” jelas beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *