Warga Segamat diseru berwaspada, jauhi kawasan berisiko – Dr Zaliha

Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menyeru warga Segamat untuk sentiasa berwaspada, menjauhi kawasan yang berisiko dan peka dengan arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Beliau berkata awal pagi tadi sekitar jam 6.13 pagi, daerah Segamat yang termasuk kawasan Parlimen Sekijang telah merasai gegaran gempa bumi lemah.

“Saya telah mengarahkan pegawai di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sekijang agar sentiasa bersiap siaga sekiranya bantuan segera diperlukan
bagi memastikan kebajikan rakyat terjamin,” kata beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dalam hantaran di FB.

“Marilah kita bersama-sama berdoa agar Segamat sentiasa dalam lindungan Allah dan rakyat kita terus terpelihara daripada sebarang musibah,” tambah Dr Zaliha. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *