



Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
25 OGOS 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut keberangkatan tiba Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Pangkalan Tentera UdaraDiraja Malaysia (TUDM), Subang sempena Lawatan Negara selama empat hari atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Lawatan Negara ini akan turut disusuli dengan Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia-Brunei ke-26 (ALC) yang akan berlangsung pada Rabu di Putrajaya.
“Menerusi platform ini, Baginda dan saya akan menilai kemajuan kerjasama dua hala yang telah terjalin, di samping membincangkan isu-isu tertunggak demi kepentingan bersama,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
BERPELUANG BERTUKAR PANDANGAN
Anwar menjelaskan mereka juga berpeluang bertukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa, khususnya yang berkaitan dengan ASEAN, agar kedua-dua negara terus memainkan peranan proaktif dalam memperkukuh keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
“Semoga hubungan erat Malaysia dan Brunei Darussalam akan terus terjalin kukuh, diperkasa dengan semangat persaudaraan dan kerjasama yang berterusan. Insya-Allah,” tambah beliau. – JM
