




Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
26 OGOS 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Singapura, Chan Chun Sing sebagai menandakan hubungan dua hala yang semakin erat antara Malaysia dan Singapura.
“Kami berbincang tentang kerjasama dalam bidang keselamatan dan pertahanan serantau, selari dengan aspirasi ASEAN untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di Asia Tenggara,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Singapura dalam menyokong dialog damai Kemboja-Thailand.
“Saya juga menyampaikan penghargaan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-60 Singapura selain menyatakan harapan terhadap Sesi Pemukiman Tahunan Pemimpin Malaysia-Singapura pada Disember nanti,” kata beliau. – JM
