PMX solat Jumaat di Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara 5, Puchong

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
29 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai jemaah Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara 5, Puchong, untuk khutbah dan solat Jumaat bersama-sama.

“Khutbah Jumaat bertajuk “Perpaduan Kunci Kemerdekaan yang Berkekalan” jelas memberi peringatan kepada kita semua bahawa tanpa perpaduan, kemerdekaan yang dikecapi boleh terancam oleh perpecahan, kebencian, dan konflik,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Beliau menjelaskan ia menyampaikan mesej bahawa perpaduan adalah amanah dan ibadah, bukan sekadar tuntutan sosial atau politik.

“Moga kita semua menanam rasa syukur dan tanggungjawab untuk memelihara nikmat kemerdekaan dan membentuk jiwa rakyat yang cakna, prihatin dan bersedia berkorban demi kepentingan bersama,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *