Semangat Jalur Gemilang sebenar jangan remehkan seruan kepada perpaduan – PMX

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
29 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam menyemangati erti sebenar Jalur Gemilang, maka jangan meremehkan seruan kepada perpaduan, keamanan dan mesti tegas menolak sebarang unsur yang merobek fabrik masyarakat.

Tegas beliau tentang semangat kemerdekaan dan juga aspek pembangunan yang merata dan saksama kerana itu janji bapa-bapa serta pendahulu negara saat menjulang sumpah keramat 1957 dan 1963.

“Negara ini harus merdeka, bersatu dan iklusif, selain menjamin keselamatan hidup rakyat dan pembangunan yang berciri moden dan seimbang,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Terdahulu beliau hadir merasmikan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) untuk Seksyen 1 yang telah sekian lama tertangguh sejak 2019.

AKHIRNYA TELAH SIAP

“Namun, akhirnya telah siap untuk dibuka kepada rakyat,” kata beliau.

Tentunya kata Anwar manfaat akan dinikmati penduduk di kawasan sekitar yang pastinya membuka serta menghubungkan komuniti, mengurangkan kesesakan dan mensejahterakan kehidupan rakyat.

“Saya tegaskan juga bahawa projek ini adalah hasil dari bakat dan kepakaran tempatan yang diusahakan perusahaan dan syarikat Bumiputera serta tenaga anak muda yang gigih,” tambah beliau.

YAKNI MEMBERI RUANG

Beliau berkata kebijakan kita juga jelas yakni memberi ruang dan peluang, tetapi jangan dikesampingkan amanah dan pertanggungjawaban.

Hanya dengan disiplin, ketelusan dan tunduk patuh pada undang-undang kita dapat menjamin bahawa setiap pembangunan benar-benar dirasai rakyat, bukan menjaga tembolok penguasa.

Di pihak Kerajaan, kita akan terus istiqomah mensejahterakan hidup rakyat, menjamin perumahan yang selesa, kemudahan pengangkutan yang baik, dan pembangunan yang seimbang di seluruh negara demi generasi hari ini dan penerus. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *