
Petikan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Gambar Fail: Royal Press Office
30 OGOS 2025
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan semua masjid dan surau di Johor melaksanakan solat hajat serta doa selamat selepas empat gegaran berlaku di Segamat sejak kejadian pertama, Ahad lalu.
Seri Paduka Baginda menzahirkan titah berkenan memohon perlindungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar sentiasa melindungi rakyat daripada sebarang musibah dan bencana susulan gegaran berkenaan.
Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Raja Zarith Sofiah turut menzahirkan doa agar negeri Johor serta seluruh rakyat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan aman, selamat dan dilindungi daripada sebarang malapetaka. – JM
