





Shah Alam, 30 Ogos 2025 β Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dijemput sebagai panel dalam Forum Merdeka yang berlangsung di Dewan Solat, Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini, malam tadi.
Turut menjadi panel ialah Sahibus Samahah Datoβ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Datoβ Setia Profesor Madya Dr. Hj. Anhar Hj. Opir, manakala sesi forum dikendalikan oleh Ustaz Hj. Ahmad Hafiz Al-Bakaniyy.
Forum bertemakan βKeamanan Negara Tunjang Kemerdekaanβ itu menyentuh pelbagai aspek kenegaraan dari perspektif agama dan keselamatan, dengan penekanan terhadap kepentingan memelihara keharmonian serta keamanan negara demi kesejahteraan rakyat.
Sepanjang hampir dua jam berlangsung, Tan Sri Ayob Khan turut berkongsi pandangan mengenai peranan pasukan keselamatan dalam menghadapi cabaran semasa bagi memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara.
Turut hadir ialah Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Petaling, Orang Besar Daerah Petaling, Dato’ Hj. Emran Hj. Kadir, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Embol serta pegawai-pegawai kanan polis.
Jurugambar: PDRM RMP TV
