PMX, isteri ke China atas jemputan Presiden Xi Jinping

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
31 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berlepas ke China atas jemputan Presiden Xi Jinping dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.

Beliau dijadualkan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), menyaksikan perarakan hari kemenangan sempena 80 tahun tamat perang dunia kedua, serta beberapa pertemuan penting lain.

“Insya-Allah, semangat Jalur Gemilang dan sorakan rakyat Malaysia yang bergema di Dataran Putrajaya pagi tadi saya bawa bersama dalam misi kali ini untuk terus membimbing langkah kita di pentas dunia. Demi Malaysia!,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *