PMX, isteri tiba selamat tiba di Tianjin dalam rangka lawatan kerja 4 hari

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
31 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selamat tiba di Tianjin petang ini untuk mengetuai delegasi Malaysia dalam rangka lawatan kerja empat hari ke China atas undangan Presiden Xi Jinping.

“Saya akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi dan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Premier Li Qiang, selain berucap di Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO),” kata beliau dalam hantaran di FB.

Beliau berkata lawatan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuh persahabatan Malaysia-China serta melonjak kerjasama pelaburan, perdagangan dan sektor lain demi kesejahteraan rakyat Malaysia. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *