๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—–๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐— ๐—œ๐—š๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿฑ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ – Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail menyempurnakan Majlis Peluncuran Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI anjuran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di SK Rambong Pulai, Baling, Kedah.Majlis yang penuh bermakna ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, YBhg. Datoโ€™ Zakaria bin Shaaban.

Dalam ucapannya, YB Menteri menjelaskan bahawa konsep MADANI yang berteraskan kemakmuran, inovasi, hormat, kepercayaan dan ihsan sedang diterjemahkan secara praktikal melalui pembangunan komuniti luar bandar yang menyeluruh.

Kampung Rambong Pulai telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI, manakala SK Telok Teduri sebagai Sekolah Angkat MADANI, melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1 juta bagi penaiktarafan prasarana kampung, masjid, surau, kemudahan pembelajaran serta program sahsiah dan kemenjadian murid.

Majlis turut dimeriahkan dengan aktiviti sukaneka, pertandingan mewarna, pameran, persembahan dari pasukan Pancaragam Setia Perwira, Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) dan Pasukan Kawalan Khas (PKK) JIM, penyerahan bantuan CSR dan food bank kepada golongan asnaf, serta cabutan bertuah untuk komuniti setempat.

Turut hadir, YBrs. Dr. Rosbi binti Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan), YBhg. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Bin Abdul Rahim, Pengerusi Yayasan Pembangunan Rakyat Baling, barisan pengurusan tertinggi KDN, Pegawai-pegawai kanan dan lain-lain pangkat JIM serta penduduk sekitar Kampung Rambong Pulai yang turut memeriahkan majlis.

KampungAngkatMADANI #ImigresenPerkasa #JabatanImigresenMalaysia #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #KDNYakinMADANI

ยฉ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ž๐—ผ๐—ฟ๐—ฝ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ | ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐— ๐—œ๐—š๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *