






BALING, 6 September 2025 β Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Kedah turut dimeriahkan dengan Festival Makanan yang menghimpunkan pelbagai juadah tempatan dan hidangan tradisi untuk dinikmati para pengunjung.
Festival ini menjadi tumpuan utama dengan kepelbagaian pilihan makanan daripada menu popular Kedah selain sajian moden yang tidak kurang menariknya.
Selain berfungsi sebagai medan memperkenalkan kepelbagaian kulinari tempatan, festival ini juga memberi peluang kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mengetengahkan produk makanan mereka kepada masyarakat yang hadir.
Foto oleh: Nurshahnaz Fazlie bin Shahrizal (UKK JPM)
ProgramMADANIRakyat2025
PMR2025NegeriKedah
JabatanPerdanaMenteri
RancakkanMADANI
MalaysiaMADANI
MADANIBekerja
TaatSetia
@shamsulazri.abubakar
@malaysiapmo
